Biografi Buya Hamka
Buya Hamka
lahir tahun 1908, di desa kampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat, dan
meninggal di Jakarta 24 Juli 1981. Nama lengkapnya adalah Haji Abdul
Malik Karim Amrullah,
disingkat menjadi HAMKA.
Belakangan ia diberikan sebutan Buya, yaitu panggilan buat orang
Minangkabau yang berasal dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab, yang
berarti ayah kami, atau seseorang yang dihormati.
Ayahnya adalah
Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenal sebagai Haji Rasul, yang
merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya
dari Makkah pada tahun 1906.
HAMKA
(1908-1981), adalah akronim kepada nama sebenar Haji Abdul Malik bin
Abdul Karim Amrullah. Beliau adalah seorang ulama, aktivis politik dan
penulis Indonesia yang amat terkenal di alam Nusantara. Beliau lahir
pada 17 Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat,
Indonesia. Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau dikenali
sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah(tajdid) di
Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.
HAMKA mendapat
pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga Darjah Dua.
Ketika usia HAMKA mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera
Thawalib di Padang Panjang. Di situ HAMKA mempelajari agama dan
mendalami bahasa Arab. HAMKA juga pernah mengikuti pengajaran agama di
surau dan masjid yang diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim
Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjoparonto dan Ki Bagus
Hadikusumo.
Hamka
mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan
Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padangpanjang pada tahun 1929.
HAMKA kemudian dilantik sebagai dosen di Universitas Islam, Jakarta dan
Universitas Muhammadiyah, Padangpanjang dari tahun 1957 hingga tahun
1958. Setelah itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi
Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. Dari tahun
1951 hingga tahun 1960, beliau menjabat sebagai Pegawai Tinggi Agama
oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jabatan itu ketika
Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat
dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).
Hamka adalah
seorang otodidiak dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti
filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam maupun
Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat
menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki
Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan
Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana
Perancis, Inggris dan Jerman seperti Albert Camus, William James,
Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre
Loti. Hamka juga rajin membaca dan bertukar-tukar pikiran dengan
tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas
Surjoparonoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo
sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang
handal.
Hamka juga
aktif dalam gerakan Islam melalui pertubuhan Muhammadiyah. Beliau
mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan
khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai
tahun 1928, beliau mengetuai cabang Muhammadiyah di Padang Panjang.
Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah
dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar.
Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di
Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan
Mangkuto pada tahun 1946. Beliau menyusun kembali pembangunan dalam
Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950.
Pada tahun
1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat Muhammadiah. Pada
26 Juli 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik
Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau
kemudiannya meletak jawatan pada tahun 1981 karena nasihatnya tidak
dipedulikan oleh pemerintah Indonesia.
Kegiatan
politik HAMKA bermula pada tahun 1925 apabila beliau menjadi anggota
parti politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang
kemaraan kembali penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan
menyertai kegiatan gerila di dalam hutan di Medan. Pada tahun 1947,
HAMKA dilantik sebagai ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia.
Beliau menjadi anggota Konstituante Masyumi dan menjadi pemidato utama
dalam Pilihan Raya Umum 1955. Masyumi kemudiannya diharamkan oleh
pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun1966,
HAMKA telah dipenjarakan oleh Presiden Sukarno kerana dituduh
pro-Malaysia. Semasa dipenjarakanlah maka beliau mula menulis Tafsir
al-Azhar yang merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari
penjara, HAMKA dilantik sebagai ahli Badan Musyawarah Kebajikan
Nasional, Indonesia, anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan
anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia.
Selain aktif
dalam soal keagamaan dan politik, HAMKA merupakan seorang wartawan,
penulis, editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an lagi, HAMKA menjadi
wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam,
Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi
editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi
editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. HAMKA juga pernah
menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema
Islam.
Hamka juga
menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan
cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan
antara novel-novelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku
teks sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal
Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli.
Hamka pernah
menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsa
seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universitas al-Azhar,
1958; Doktor Honoris Causa, Universitas Kebangsaan Malaysia, 1974; dan
gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno daripada pemerintah
Indonesia.
Hamka telah
pulang ke rahmatullah pada 24 Juli 1981, namun jasa dan pengaruhnya
masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau
bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di
negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk
Malaysia dan Singapura, turut dihargai.
Sumber : http://gurupintar.ut.ac.id/component/content/article/175-falsafah-sebagai-penjelasan-hidup--buya-hamka-.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar